Sistem Kewangan Antarabangsa adalah satu Penipuan (SCAM)?

Nampaknya tafsiran Sheikh Imran Hossien semakin menjadi kenyataan apabila PBB kelmarin memberi amaran krisis US Dollar semakin meruncing dan kritikal.

Sheikh Imran Hossien dan rakannya menafsirkan seluruh sistem kewangan antarabangsa ketika ini adalah satu penipuan. Beliau menyatakan pandangan beliau itu bersandarkan pengetahuan beliau dalam sistem kewangan antarabangsa yang dipelajarinya beserta apa yang difahaminya dalam kitab Al-Quran.
Video dibawah yang dirakamkan pada tahun 2003 telah membuka mata banyak pihak. Sheikh Imran menjangkakan keruntuhan sistem kewangan antarabangsa yang bersandarkan US Dollar akan lumpun dalam masa terdekat. Ada yang menyatakan masanya adalah diantara tahun ini (2011) dan 2012.



Berikut adalah artikel yang disiarkan oleh Routers/Utusan :-

PBB Beri Amaran Krisis Matawang Antarabangsa Dolar US

NEW YORK 26 Mei – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kemungkinan berlakunya krisis keyakinan terhadap dolar Amerika Syarikat (AS) jika nilai mata wang asing itu terus menurun berbanding mata wang utama lain.

Tinjauan Divisyen Ekonomi PBB terhadap ekonomi dunia mendapati kejatuhan nilai mata wang dolar adalah berbahaya terhadap sistem kewangan global.

Laporan PBB yang merupakan perkembangan terkini turut menyatakan kadar pertukaran dolar berbanding kumpulan mata wang utama lain telah mencecah paras terendah sejak 1970-аn.

Katanya, aliran tersebut disebabkan oleh perbezaan kadar faedah antara Amerika Syarikat (AS) dan ekonomi utama serta peningkatan kebimbangan terhadap kemampanan hutang awam AS, yang sebahagiannya dipegang oleh orang asing.

”Sebagai keputusannya, jangkaan kerugian nilai buku oleh pegangan rizab asing akan menyebabkan krisis keyakinan dalam rizab mata wang, yang akan menyebabkan keseluruhan sistem kewangan global berisiko,” kata laporan itu.

Laporan 17 muka surat itu, menunjukkan risiko kejatuhan nilai dolar AS.

Pakar Ekonomi Kanan PBB, Rob Vos yang terlibat dalam laporan itu berkata, pasaran-pasaran baru muncul secara besar-besaran mulai menjual mata wang dolar AS, sekali gus akan menyebabkan kejatuhan mata wang itu.

”Kami tidak menyatakan kejatuhan pasti berlaku, tetapi faktor yang menyebabkannya risiko seumpama itu sedang berlaku sekiranya perkara-perkara lain yang berkaitan tidak bertambah baik,” katanya.

Pakar-pakar ekonomi PBB, sedang menimbang sama ada dolar perlu terus menjadi mata wang tunggal dunia manakala pihak lain menunjukkan kebimbangan mereka terhadap kedudukan kewangan AS.

Standard & Poor’s telah memberikan amaran untuk menurunkan penarafan kredit AS pada AAA, kecuali kerajaan pentadbiran Obama dan kongres menemui jalan untuk mengurangkan bajet defisit persekutuan dalam tempoh dua tahun.

Penurunan taraf itu akan menghilangkan status AS sebagai kuasa ekonomi dunia dan peranan dolar sebagai mata wang dominan global.

Setiausaha Perbendaharaan, Timothy Geithner berkata, kerajaan AS tidak akan melepaskan tanggungjawab mereka. – Utusan Malaysia Online / Reuters

One Response to “Sistem Kewangan Antarabangsa adalah satu Penipuan (SCAM)?”

  1. ben edward says:

    ada seorang penipu di mudah.my dan iklannya masih aktif,emel si penipu(e2macho@gmail.com)http://www.mudah.my/PS3+Dragonball+Z+Ultimate+Tenkaichi-13316867.htm(

Leave a Reply

© 2012 Scammer Alert. All rights reserved.
Proudly designed by Scam Alert.