Nur Amalina Gadis MLM orang kuat FRIENDS Club, Star Club, One Team, Family Club & FC 8282 Serah Diri

Laporan Akhbar Berita Harian hari ini(3 Ogos) mendedahkan Gadis MLM yang dikehendaki Polis dalam Kes Serbuan keatas kumpulan MLM FRIENDS Club, Star Club, One Team, Family Club & FC 8282 telah menyerah diri di ibu pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di Bukit Perdana di sini, kira-kira jam 3 petang ditemani peguamnya.

Gadis MLM,FRIENDS Club, Star Club, One Team, Family Club ,FC 8282

Gadis MLM yang bernama Nur Amalina Mat Rashid ini yang telah diintip sejak Operasi Serama minggu lalu mempunyai aset terkumpul lebih RM10 Juta ringgit.

Menurut laporan awam yang diterima, masih ada saki-baki ahli kumpulan terserbut yang masih lagi aktif merekrut ahli baru namun tempat pertemuan mereka pada kali ini agak tersembunyi berbanding sebelum ini yang berani membuat promosi secara terbuka.

Penahanan 100 ahli skim tersebut dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway minggu lalu langsung tidak diambil sebagai pengajaran. 16 ahli yang ditahan reman telah pun dibebaskan semalam, namun masih ramai ahlinya yang mahu menegakkan benang yang basah. Malah, salah seorang ketua kumpulan tersebut meminta agar anak buahnya bertenang dan menyatakan serbuan minggu lalu tidak membuktikan mereka bersalah. Mesej tersebut jelas kelihatan didalam profil laman facebook individu terbabit.

Saya tertarik dengan aritkel yang ditulis oleh salah seorang ahli Gerakan Anti Friends Club, Jin Aladdin berkenaan kemungkinan kesalahan yang telah dilakukan oleh kumpulan MLM FRIENDS Club, Star Club, One Team, Family Club dan FC 8282 :

1) Adakah One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan FC 8282 yang didakwa menjalankan perniagaan telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

Jika jawapannya TIDAK berdaftar maka mereka boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun KERANA MENJALANKAN PERNIAGAAN TANPA MENDAFTAR SYARIKAT.

2)Adakah One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan FC 8282 yang didakwa menjalankan perniagaan berasaskan MLM telah berdaftar dengan KPDNKK di bawah Akta Jualan Langsung?

Jika jawapanya adalah YA kenapa siasatan polis menyatakan bahawa syarikat ini tidak berdaftar dan malah melaui laman web KPDNKK pun tiada nama One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan FC 8282 yg berdaftar.

Haa jika jawapannya TIDAK, di bawah Akta Jualan Langsung dan Antipiramid pula bagi Syarikat-syarikat yang melakukan penipuan dalam perniagaan jualan langsung berbentuk skim piramid dan kesalahan tidak berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung dan Antipiramid berdepan denda RM50 juta, manakala untuk individu pula mereka akan didenda RM5 juta atau lima tahun penjara dan bagi kesalahan kedua didenda RM10 juta atau enam tahun penjara.

3) Adakah One Team @ Friends Club, Star Club, Family Club dan FC 8282 mempunyai lesen sah dari Bank Negara Malaysia untuk mengambil wang dan deposit dari orang ramai di bawah Peruntukan Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1986 (ABIK/ BAFIA)? Sumber- Unit Siasatan Khas Bank Negara Malaysia- Skim Cepat Kaya dan Penggubahan Wang Haram.

Jika jawapannya adalah YA maka anda adalah PENIPU BESAR kerana menurut Bank Negara Malaysia hanya institusi yang berikut dibenarkan dan mempunyai lesen untuk mengambil deposit:
Bank?BankPerdagangan,Bank?BankPelaburan,Institusi?Institusi KewanganPembangunan, BankKerjasamaRakyatMalaysiaBerhad, BankPertanianMalaysia, BankSimpananNasional, LembagaUrusanTabungHaji, Koperasi?koperasi berdaftar

PERUNTUKAN SEKSYEN 25(1) AKTA BANK DAN INSTITUSI?INSTITUSI KEWANGAN 1989 (ABIK) menyatakan “Tiada seorang pun boleh menerima, mengambil, atau menyetujuterima deposit kecuali di bawah dan mengikut suatu lesen sah yang diberikan di bawah seksyen 6 (4) ABIK”

Jika jawapannya TIDAK maka anda boleh didapati bersalah menjalankan aktiviti pengambilan deposit secara haram, hukumannya adalah:
PENJARA tidak melebihi 10 tahun atau DENDA tidak melebihiRM10 juta atau kedua?dua sekali. Jika kesalahan berterusan, penganjur akan menerima hukuman:
DENDA HARIAN sebanyak RM100,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan.
SESIAPA YANG DIDAPATI BERSALAH KERANA BERSUBAHAT ATAU BERSEKONGKOL AKAN DIKENAKAN HUKUMAN YANG SERUPA SEPERTI PENGANJUR SKIM CEPAT KAYA (S.112(1)ABIK)

4) Berita Harian 28/07/2010 “POLIS BONGKAR SKIM CEPAT KAYA KERETA MEWAH” menyatakan bahawa mereka akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Apakah Seksyen 420 kanun Keseksaan? Seksyen 420 Kanun Keseksaan adalah (Kesalahan Menipu); Penalti / Hukuman : Jika disabitkan kesalahannya boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun, boleh juga disebat dan di denda). Jika benar mereka tidak menipu mengapa mereka disiasat di bawah seksyen ini?

Apakah definisi tipu dalam konteks akta ini?

a)Contoh penipuan ialah ahli skim secara menyamar sebagai orang kaya padahal tidak dan percakapannya adalah tipu dengan menyatakan bahawa dia mempunyai pendapatan ribuan ringgit setiap bulan walaupun perkara itu diketahui tipu oleh orang yg menyatakanya tetapi dengan niat memperdaya mangsa untuk masuk ke skim tersebut. Maka dia boleh didakwa di bawah akta ini.

b)Menyatakan bahawa skim terbabit adalah sah di sisi undang2 dan berdaftar padahal tidak tetapi dengan niat untuk menipu mangsa bagi menyertai skim ini maka dikatakan sedemikian maka boleh juga didakwa di bawah akta ini.

c)MEMBERI SOKONGAN, BERSUBAHAT, BERSEKONGKOL DENGAN MENYATAKAN SKIM INI MASIH SAH DAN MENYATAKAN MEREKA MASIH DI PIHAK YG BENAR WALAUPUN MEREKA SECARA TERANG –TERANGAN BEROPERASI TANPA LESEN DAN TIDAK MENDAFTAR SYARIKAT MAKA DENGAN NIAT UNTUK MEMPERDAYAKAN ORANG RAMAI UNTUK MEMPERCAYAI PERNIAGAAN MEREKA ADALAH SAH MAKA MEREKA BOLEH DIDAKWA ATAS AKTA INI. Sila tgk denda dan hukuman.

d) Akta ini juga menyatakan bahawa, dakwaan juga boleh dilakukan jika MEMBUAT KENYATAAN SALAH SEHINGGA MEMPERDAYAKAN ORANG. Perdaya mcm mana??? Contohya. Kawan anda mengajak anda keluar makan, tetapi apabila anda sudah bersedia nak keluar makan οn thе way nak p makan tu tiba2 dia bawa anda ke pejabat atau opis skim untuk bagi anda dengar ceramah dengan niat untuk bagi anda masuk skim tu.. Ha nie la menipu dengan MEMBUAT KENYATAAN SALAH SEHINGGA MEMPERDAYAKAN ORANG. Juga boleh didakwa atas akta nie. Nie x cerita lagi bab perdaya suruh orang buat loan…..
Payah nak tulis panjang sangat apa yg dia cakap tipu kita boleh dakwa dia atas akta nie la. Haaa nie la yg dikata putar alam….pandai cakap belit-belit.

Fakta-fakta diatas sememangnya ada kebenarannya. Kebanyakan ahli yang memasuki kumpulan tersebut adalah orang muda yang masih mentah dalam soal perniagaan. Ada sesetengah daripada mereka yang memang sudah tahu ianya salah, tetapi disebabkan mereka tahu mereka boleh ambil kesempatan dibawah Club tersebut untuk secara licik memperdaya dan mengeksploitasi golongan yang mudah cair dengan habuan sementara.

Mereka yang menjadi mangsa hanya akan sedar setelah mereka mengalami sendiri musibah daripada kepincangan skim MLM tersebut.

Selepas ini, jika dikalangan anda didatangi oleh tawaran-tawaran daripada syarikat MLM, sila ambil 4 perkara diatas dan bandingkan dahulu dengan рƖаn pemasaran syarikat tersebut.
Jika anda dapati syarikat tersebut tidak memenuhi syarat, anda boleh terus katakan tidak kepada tawaran itu.

Anda boleh membuat laporan mengenai aktiviti terbabit disini atau terus ke pihak KPDNKK atau mana-mana yang berkaitan.

Sumber : Berita Harian, MLMScam.net, Facebook GAFC page.

8 Responses to “Nur Amalina Gadis MLM orang kuat FRIENDS Club, Star Club, One Team, Family Club & FC 8282 Serah Diri”

  1. S3PU_MJ says:

    Ini Hanya Pandangan Persendirian Seorang Yang Kurang Ilmu.

    Walaupun Saya Bukan Ahli Diorang Dan XPernah Tertipu Dengan Mana2 Skim Penipu, Tapi Saya Kagum Dengan Kebijaksanaan Mereka Dalam Memperdaya Ribuan Rakyat (Termasuk Ahli Sendiri) Yang Ternyata Bodoh.

  2. pria8282 says:

    smoga kebenaran akan terbukti….
    n smoga pihak yg memfitnah keluarga kami ini,
    diberi balasan yg setimpal… kami bukan penipu…
    kami adalah NEW GENERATION CONCEPT…
    xperlu tipu org…
    kami adalan jutawan…

  3. l0v3 says:

    new generation concept???? ape tu? bullshit concept ke?

  4. myownbusiness says:

    mmg betul ramai yg masih menegakkn benang yg basah kuyup..ini berlaku sebb duit da bnyk terlebur tp takot x dpt pulangn nyer lg bile dah jd cmni so masih mempertahankan lg untuk meneruskn pusingan duit kononnyer mahu kaye seperti mereka yg tertangkap…

    PRIA8282
    “smoga kebenaran akan terbukti….
    n smoga pihak yg memfitnah keluarga kami ini,
    diberi balasan yg setimpal… kami bukan penipu…
    kami adalah NEW GENERATION CONCEPT…
    xperlu tipu org…
    kami adalan jutawan…

    ” nk dibuktikn ape lg siapakah anda untuk mebuktiknnyer?concept pe yg anda cube explain nih?..saya sendiri penah ditarik oleh member dan pnah mkn 1 meja ngn amalina..tp mujur saya gune otak untuk berfikir bukn nyer gune lutut untuk berfikir

    pesanan terakhir..”org melayu gelojoh untuk kaye tp gelojoh juge jatuhnyer”

  5. mcb says:

    mmg betul melayu mmg gelojoh,xmau susah dahulu tpi ske senang dulu dan mengharap untk senang kemudian,ini hanye taktik untk mengikat leher bansa melayu supaya dapat ditundukkan bangsa lain sedarlah,bacalah blog mistis file n ibnuyaacob.com dan buka minda

  6. WakakA says:

    Pria8282, kao ni klakar la. Serius. Dah terang lagi bersuluh. Pon x nmpak gak. Kitorng nk slmatkan korang dari terus tenggelam. Kao tetap xmo sedar diri gak. Apo nak dikato. Sediakan lah duit nk cover balik loan2 kao tu. Haha. Aku jual nasik lemak pon xde utang ngn org/ngn bank. Hidup tanpa hutang, oh indahnya… ahHahaa

  7. kalau betul skim itu berjaya memberi pulangan lumayan baiklah you orang berkerja dengan kementerian kewangan malaysia atau ambil alih bank-bank yang ada dimalaysia agar ahli-ahlinya akan menjadi kaya. Hmmmm…kalau dah yakin boleh kaya kenapa nak kongsi ilmu dan kekayaan dengan orang lain….buat sendiri-sndirilah.

    jangan perbodoh diri sendiri tiada jalan mudah untuk menjadi kaya beb….kecuali menipu dan memperdaya manusia yang bodoh dan tamak untuk melabur secara besar-besaran….kalau benda ini betul2 halal dan betul serta mengikut undang2, orang cina sudah mendahuluinya……mujurlah benda ini benda menipu dan memeprdaya maka cina-cina tak sampai hati nak terlibat…….

Leave a Reply

© 2012 Scammer Alert. All rights reserved.
Proudly designed by Scam Alert.