->
You are currently browsing comments. If you would like to return to the full story, you can read the full entry here: “Friends CLUB : satu lagi scam yang dibawakan khas oleh serpihan SYN.”.
Posted by pelampau on January 23, 2010 in Scam Program · 81 Comments
->
You are currently browsing comments. If you would like to return to the full story, you can read the full entry here: “Friends CLUB : satu lagi scam yang dibawakan khas oleh serpihan SYN.”.
for those of u guyz who want more info bout this FC please log on to ur facebooks and go to their fan clubs..
i just find out this FC fan club recently..
klik this link
http://www.facebook.com/photo.php?pid=3566005&id=178289937388#!/pages/FRIENDS-CLUB/178289937388
halo brada…
u nak meniaga jual burger pun kena modal.
u nak meniaga jual bundle pun kena modal.
u nak meniaga jual ikan pun kene modal.
u nak meniaga jual selipa croc pun kene modal.
u nak meniaga jual jersi siam pun kene modal.
u nak meniaga mercun pun kene modal.
u nak meniaga bunga pun kene modal.
u nak meniaga suratkhaba tepi jalan pun modal.
u nak meniaga unta pun kene modal.
u nak meniaga manusia pun kene modal.
so dalam bisnes ni dia nak pakai modal 14k. apa yang u nak kecoh pulak?
http://www.mlmscam.net untuk matlumat tentang kegiatan penipuan dan scam-scam mereka
Sapala Yang Bijak Pandai tu ye..? Otak Kat bontot ke…?
orang yg berfikiran -ve adalah org yang suke susahkan diri sendiri dan orang sekeliling yang die sayang…
One Team & Friends Club adalah bapak segala scammer
Assalamu’alaikum, perniagaan yang normal, mereka keluar modal untuk beli barang, dan mereka akan jual produk atau servis. FC memang la kamu ada usaha, tapi usaha yang tak kena pada tempatnya. Moga kita semua selamat dari ketamakan harta dunia. wassalam.
hmm..cam2 komen yg buruk kn?actually sy pon baru nk terjebak ngan fc.tapi bila dh terbaca cam2 komen ttg fc ni..dh jadi konpius lak..so x jadi la nk join..
nasib baik aku baca dulu blog ni….so aku cancel nak join…loan 50k yang aku dah apply akan aku buat downpayment beli tanah…
Kpd Pelampau,
Ko bru 1st time dtg,bru tgk plan pny simple ko da ckp mcm2 yg negatif..ksian pd sape2 yg buat research mngenai FC yg bniat nk join then batalkan sbb pndapat org yg berotak singkat mcm ko ni. Bro.. nm pn bisnes..msti ar kuar modal..zmn skg ni ape je yg xyah pkai duit. ORg bniat nk mbantu tingkatkan taraf hidup lbih baik..lau ko tgk ko kate haramjadah 2 ko pny psl la sbb ko mmg xde duit so mmg ko ptt syp..tp aku ksian pd sape2 yg bniat nk join tp batalkan sbb baca pe yg ko da melalut 2…pdhal pe yg ko ckp 2 100% totally rubbish!!!!! Aku da join fc bru 5 bln, modal 41k tp dh langsai dlm tmpoh 4 bln je. Pasni kire untung je..Tp aku fhm..org yg xtau ape2 maybe akan tmakan dgn analisa sampah ko 2..So kpd sape2 yg bru dgr2 ttg FC or tgh wat research psl FC elok lah lau korg direct pg kt ofis FC n rujuk kpd yg bpengalaman..lau xtau wat cara xtau..cth la kan..klau keta rosak p la hntr kt bengkel keta,jgn anta kt kedai bunga..lg teruk lau korg anta kt mamat pelampau ni…ini lah MELAYU..manusia mmg pelik..chow
challenge marquis….bull shit…..90%money back guarantee in 6 months…..where it is….
masalahnya korang bukan berniaga..apa yg bodoh sangat ni..plan bodoh khas untuk orang bodoh hahaha
Ofis FC tu kat ner? address dia…ada tak?
salam
saya bukan apa..masalahnya kita tak tau
mana datangnya begitu cepat keuntunganya.
istilah MONEY GAME sesuai digunakan kot…
sebab kerja utama kita bila joint ngan FC adalah mencari downliner suruh buat loan..bila dh dpt downline upline kita la dapt untung…
aku pernah berjumpa dgn seorang MQ ni,BMW 5 series skrg la ni.dia kata terpulang kpd kita n letak modal berapa.kalau kecik lambat la sampai kepuncaknya.umpamanya ada 3kenderaan dari johor menuju ke perlis.kenderaan 1 adalah basikal,kenderaan ke 2 adalah motor,kenderaan 3 adalah kereta.mana sampai dulu?cuba teka?Budak darjah 1 pun boleh jawab..tapi sebelum jawab aku tnya dia..sebelum mmulakan perjalanan ke perlis kita nk tau apa tujuannya..kalau tujuannya untuk bermain judi sebagai seorang muslimperlukah kita kesana?ok..dia kata untk berniaga..seterusnya aku bg respon lak..aku cakap semua kenderaan boleh sampai tapi klau dalam perjalanan yg nai kete tu tak singgah masjid untuk bersolat @ tidak niat jamak sbg seorag musafir,sia-sia je nk berniaga.tetapi bila yg naik basikal tu menunaikan segala tanggungjawab sbg seorg muslim tu lg bagus.da-dua dia dpt..nikmat dunia&nikmat akhirat..
kesimpulannya kita kena tau asal usul sesuatu perniagaan tu..hukum syariah sesuatu benda perlu diambil kira.dari mana datangnya hasil keuntungan iu pun perlu dikaji terlebih dahulu..
forwarded e mail…
FIKIR-FIKRKANLAH
Ini ulasan kami tentang money game dlm sesetengah MLM…
1. Plan seperti ini bukan magic. Tidak ada keajaiban pun. Jadi jangan mudah terpesona dengan mimpi rumah dan kereta besar. Ianya tidak ada beza dengan sistem yang dipanggil “forced matrix”. Sistem forced matrix ini adalah sistem piramid yang menzalimi mereka yang dibawah/baru masuk. Duit yang dibawah diserap naik ke atas.
2. Bayangkan jika produk tidak ada. Peserta masih boleh mendapat income yang hebat tanpa jualan produk pun sebenarnya. Itu namanya money game. Duit datang dari aktiviti head hunting. RM40k setiap peserta, bayangkan banyaknya duit yang mengalir masuk ke dalam network yang telah disusun ini. Orang di atas siap dah buka mulut untuk telan. Yang baru masuk terkial-kial cari orang bawahan untuk balik modal.
3. Ada beza yang sangat ketara antara MLM tradisional dengan money game seperti ini. MLM tradisional beri bonus kepada ahli melalui aktiviti jual dan beli. Money game beri bonus melalui head hunting.
4. Head hunting ini tidak akan bertahan lama. Selama mana ianya masih diterima dan ada kemasukan duit baru, maka orang di dalam network berkenaan mendapat hasil. Apabila sampai tahap saturation atau ketepuan dalam sesuatu komuniti, maka ahli yang terakhir masuk atau yang dekat-dekat terakhir akan hilang modal. Jangan keliru, saturation atau ketepuan berlaku bukan kerana semua orang dah join network, tetapi ramai orang menolak konsep money game. Mereka yang tidak sedar saja yang terjebak dengan perkara begini.
5. Ada produk dan company sudah lama in business? Ini adalah masalah yang dihadapi oleh agensi kerajaan untuk mengambil tindakan. Money game ini berlaku di depan mata, tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kerana mereka ini mempergunakan kebenaran AJL dan produk untuk menghalalkan kegiatan ini. Dengan kata lain, money game secara terang berlaku tetapi menyelit dalam kerangka MLM yang dibenarkan. Ia ibarat pokok parasit yang tumbuh pada sebatang dahan. Tidak boleh menebang pokok, tetapi untuk mencantas parasit ini agak sukar dan memakan masa.
6. Apakah bukti bagi menyokong teori kami tentang ini? Bagi membuktikan mereka ini mendapat bonus melalui jualan produk,
a) sila hentikan aktiviti pengambilan ahli baru.
b) Buat jualan produk semata-mata,
c) kita boleh tengok selama mana syarikat boleh bertahan. Syarikat jualan langsung sepatunya sibuk menjual, bukan sibuk buat head hunting.
7. Aktiviti head hunting dgn produk untuk seorang ahli baru bukanlah aktiviti menjual. Aktiviti ini adalah aktiviti merekrut ahli baru bagi mendapatkan wang baru. Sebagai contoh, sekiranya modal penyertaan RM40 ribu, ditolak kos produk sebenar iaitu RM20 ribu (agakan), maka fresh money untuk upliners adalah sebanyak RM20 ribu.
8. Jika dianggap RM20 ribu sekepala sebagai fresh money, maka pengiraan wang baru bagi satu kitaran 3 langkah di atas adalah seperti berikut..
1 x RM20k = RM20k
4 x RM20k = RM80k
16 x RM20k = RM320k
Jumlah fresh money yang mengalir masuk bagi setiap 3 step yang lengkap adalah RM320k. Jadi anda boleh bayangkan mengapa upliners di atas semakin kaya. Inilah sistem piramid.
9. Penyokong2 boleh berkata ini bukan money game, sebab kami ada produk. Tetapi anda sudah tentu boleh memahami apa yang kami cuba sampaikan apabila ada members yang langsung tidak menjual , atau beri secara percuma. Ini bermakna produk itu ‘tidak bernilai’ dalam konsep jualan langsung yang sebenarnya. Jualan langsung sepatutnya menjual, bukan bermain money game dan memberi barang secara percuma.
10. Dari segi etika, menggalakkan pelabur mengambil risiko loan bagi menyertai program seperti amat dikesalkan. Mungkin syarikat boleh berdolak-dalih mengatakan perkara ini bukan polisi syarikat. Tetapi syarikat tidak menghalang perkara ini dari berlaku. Agen-agen anda menyarankan peserta membuat loan, dan syarikat hanya berdiam diri.
11. Kenapa syarikat berdiam diri? Kerana syarikat mendapat keuntungan yang banyak dari aktiviti ini. Margin keuntungan bertambah lebar kerana setiap peserta mengambil SEPULOH produk yang bernilai puluhan ribu ringgit.
12. Syarikat memindahkan tekanan untuk menjual produk kepada peserta. Peserta yang telah termakan dan terlanjur membeli produk, mahu tidak mahu terpaksa mencari pembeli atau menanggung kos stocking itu secara bersendirian. Dengan kata lain, syarikat telah berjaya menyempurnakan sales mereka dan menjual produk x lakunye, maka sekarang terpulang kepada peserta untuk menjual atau tidak.
13. Bagi mereka yang sedang berfikir untuk menyertai, perlu diingati bahawa sebaik sahaja kamu menyerahkan wang RM40 ribu, maka kamu tertakluk untuk mencari peserta lain dengan jumlah yang sama. Kegagalan mencari bermakna kami berisiko kehilangan modal. Apa ada pada produk yang dikatakan berharga RM2000 setiap satu jika tidak laku dijual? Dengan kata lain, anda mengambil risiko yang sangat besar hanya untuk pulang modal.
Anda jangan terlalu positif bahawa orang lain juga berminat untuk bermain money game RM40k ini. Kebanyakan dari kita akan menolak. Dan jangan percaya kepada spillover dari upliner. Itu semua mengarut. Sejarah tidak membuktikan forced matrix boleh hidup melalui spillover. Masakan jumlah yang kecil boleh menampung jumlah network yang besar (dan semakin besar).
Terpulang anda untuk menentukan penilaian sendiri. Kami tidak menuduh apa-apa, sekadar teori. Pada pendapat kami, program ini akan menemui saturation nya dan dari situ piramid akan mula retak dari bawah naik ke atas.
Huh best betul forum kat sini. Terhangat di pasaran. Yang challenge marquis tu sure hangin je baca.. Adalak yang tak ter challenge nanti.
Maklumla orang-orang yang nak subscribe jadi new mamber habis cancel kan hajat. Siap ada yang cancel loan RM50k tu.
Putih mata la upline si adi dengan fid tu. Apa lagi Adi & Fid suruh la gang-gang korang jengah forum ni sebelum dorang pun terjebak.
pikir2 kan la….
geng2 8282….
aku duk dkt je dgn tmpt dia…
tny2 big bos org cina……
tny2 bdk2 umur 20an dh pakai keta besar2…mahal2….
tny2 modal mmg besar
tny2 target org kerajaan…sbb sng wat loan
tny2 loan insyallah lepas..sebab komisen org yg tolong apprved tinggi….sapa xnak bang?dik?kalu sowang leh pat 2k….
tny2….sume bekas2 MLM kt tmpa lain…luxor….bang,dik…bgunan luxor kt ner?dh xwujud..tau2 tukar nama
tny2 org lama ramai tau ttg ni…depa ada pesan…big.big.big bos kata nya ‘along’…so ada la modal….nak bagi kat anak2 melayu…mane nak pat modal nak byr?pk2 kan la…ada brg?ada saham?saham mgkin ada….kat ner?
tny2 event gi mane..duk sbuk enjoy saya sini..yela…sapa buat?org apa??
tny2
jadi tny2 la diri sendiri…tepuk dada tny selera…
org2 dlu mampu milik harta..org2 dulu mampu lagi hidup senang..org2 dulu mampu makan minum….kenapa?MLM ker………
yang penting hidup kite msti senang dan selamat……..bukan nak kaya bukan nak miskin……sampai budak2 yg dh mampu pakai keta…xreti nak hormat org2 tua..terutama geng2 8282..tarik keta bagai nak rak…selaju2 nak pegi….ni adab org melaysia ke?tau adab org ISRAEL????
pk-pk kan lah….
Tuan,
Pelan yang dipromosikan oleh NATSTAR ata FRIENDSCLUB atau seumpamanya TIDAK PERNAH DILULUSKAN oleh KPDNKK. Pelan ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang DITENDANG KELUAR oleh RZ CORPORATION kerana menjalankan pelan pemasaran berbentuk skim piramid dengan membenarkan pembelian pangkat / pelaburan secara pukal (RM40 ribu @ RM20 ribu @ RM4 ribu @ RM2 ribu dsb – tidak kira jumlah apa yang dipromosikan).
Dalam kebanyakan kes, sekiranya pengguna yang telah melabur merasakan dirinya tertipu dan hendak meminta wangnya dikembalikan oleh syarikat, perkara tersebut hanya boleh diselesaikan melalui MAHKAMAH SIVIL kerana sesiapa sahaja yang telah menjadi ahli maka secara automatik diri mereka digelar peniaga / usahawan dan bukan lagi bergelar pengguna yang dijaga kebajikannya oleh TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA.
Untuk makluman juga, syarikat tersebut memang mempunyai lsen sejak sekian, lama tetapi kumpulan yang terbuang ini baharu sahaja menyertai NATSTAR dan ingin membuat tapak di sana. Selalunya, syarikat di mana kumpulan ini bernaung akan diambil tindakan pembatalan oleh KPDNKK( Ini merupakan syarikat ke-3 kumpulan ini melompat – semua syarikat sebelum ini telahpun diambil tindakan pembatalan, hanya keputusan rayuan kepada YB Menteri yang akan mengubah segalanya).
sekian, terima kasih
Kuasa Pengguna:1Pengguna 1Suara
mohd talal abu bakar
unit jualan langsung
kpdnkk
03-88825969
haha.. bodoh nye FC.. menipu duit org… pukxxak
uih..aku pernah dok serumah dgn dak2 nih..cian plak rasa, usaha siang malam cari downline tapi kene tipu..deme cube jgk racun aku..tapi aku x termakan racun sbb dah tau dah MLM nih mcm maner..tp mcm maner nak buat, nasik dah menjadi bubur..kite x tau ape akan terjadi masa depan..cuma sebaiknye fkr la masak2 apa yang hendak dilakukan..pesanan untuk diri sendiri n kawan..renung2kan n selamat beramal.. hehehe..
to challange marquis yang bg komen kat pelampau 2….hallo brother…klu dah dasar penipu 2..penipu jugak..korang untung atas dasar makan duit org lain…ko igt org melayu ni bodoh..aku rase ko 2 yg bodoh…sbb pcaye sgt pd cina2 putar alam 2…ko ckp kami xnak brubah…aku nak tnye ko la…brape ramai anak melayu yang korang dah tipu..(yng berutang smp puluh ribu 2)..brape ramai org cine pulak?..duke korang 2 brape ramai org melayu?..berape ramai pulak org cine?…ko ajak budak melayu ni g MMC…pastu korang srh dorang jerit bile nmpk sport car lalu..ko ingat dorang 2 beruk?..berape keuntungan dorang dpt?…hampeh…oiiii bai…agak2 la..dorang saje nak bt kite ni org melayu tunduk kat dorang…dan sbb ko la melayu ni ketinggalan…ajak g sunway tiap2 hari..bt ape?..nak adap muke cine2 2?…ko blh la ckp sbb ko dah dpt bnyk duit dr org bwh ko…knp ko x ajak BAPAK ko kali join bende ni?..sbb BAPAK ko x nak kan..sbb BAPAK ko 2 pandai menilai…x mcm ko…BODOH…mcm ni la…klu ko kate bende haram ni bgs…aku nak ko ajak BAPAK.MAK.ADIK BERADIK.ATOK NENEK ko join dl..klu dorang berjaya..br btl kate MLM ko ni btl..klu x…ko lah manusia paling bodoh dalam dunia ni…lagi satu…udah2 la 2 menipu org lain…aku tau ko pun bkn nye bahagia sgt pun skrg..utang keliling pinggang…pakai keta sport car?…sport car sgt ke keta ko 2?…PIKIR2 KAN LA….
APE KABAR SEMUA?…
BAIK…SANGAT BAIK..
BRAPE RAMAI PROSPEK LU ORNG ADA?…
RAMAI SANGAT RAMAI…
BERAPA RAMAI ORG MELAYU?..
SEMUA SEKALI…
Kempen Tandatangan Membrantas MLM SCAM di Malaysia
http://www.thepetitionsite.com/1/mlmscam
KUALA LUMPUR: Saki baki anggota sindiket skim cepat kaya yang ditumpaskan di Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini, Selasa lalu dikatakan masih aktif mencari pelabur baru tanpa menghiraukan amaran pihak berkuasa biarpun ‘orang kanannya’ sudah diberkas.
Sumber memberitahu Berita Harian, saki baki anggota itu giat mengadakan beberapa sesi perjumpaan memujuk bakal ‘downline’ di sekitar Lembah Klang dalam usaha menghidupkan kembali skim terbabit selain menambah pendapatan mereka.
“Kebanyakan saki baki anggota itu hanya bergantung kepada sumber pendapatan daripada skim terbabit dan disebabkan itu mereka cuba meramaikan lagi ‘downline’ untuk memperoleh imbuhan daripada bakal mangsa yang membuat pelaburan.
“Walaupun, pihak berkuasa sudah menyerbu tempat perjumpaan dan syarikat skim itu, mereka dipercayai mengadakan pertemuan dengan ‘downline’ secara bersembunyi bagi mengelak kegiatan dihidu pihak berkuasa,” katanya di sini, semalam.
Katanya, saki baki anggota itu dikatakan memperdaya orang ramai dengan menafikan pembabitan mereka dalam sindiket yang ditumpaskan baru-baru ini malah mendakwa skim terbabit sah di sisi undang-undang.
Selasa lalu, polis menumpaskan sindiket skim itu yang menyasarkan golongan muda berikutan penahanan 100 orang dalam serbuan di empat restoran di Mentari Court, Bandar Sunway dekat sini.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, ketika dihubungi berkata pihaknya masih meneruskan siasatan dan beberapa tangkapan akan dibuat.
“Kita sedang mengumpul bukti. Dalang utama juga sudah dikenal pasti dan suspek juga dipantau bagi mengelak dia melarikan diri,” katanya.
caya r kpd sabak n yg len2 yg cuba mmbongkar kgiatan dowg ni..knyng r mkn duit yg xda brktnya..xlama pn..i like this blog..kasi hntam sma dowg..haha…
Salam semua….ader berita terbaru yang aku dengar……balaci2 FC nak buat BIZ baru….Diorang tgh Plan cam mana nak tipu orang melayu lagi……Duke2 cina babi ni sebagai penasihat jer……….Tapi yang buat BIZ ni BALACI2 DUKE CINA BABI ni la……hati2 coz diorang masih bergerak secara haram….aku tak paham la kenapa nak menipu lagi org……………Ni org melayu yang sanggup tipu orng melayu,yer la kan diorang nak bayar keta2 mewah kononnyer…Lagi Best 1Duke ni siap masuk MINGGUAN WANITA siap letak Produk NATSTAR lagi…….xpercaya beli majalah mingguan wanita last weeks……..pas tu siap letak no tel kalau sapa berminat….yg menjadi persoalannyer DUKE ni LULUSAN IJAZAH KEAGAMAAN tapi knp kata BIZ FC8282 ni HALAL……tgk la orang kita bila dah dapat duit byk HARAM kata HALAL….HAti2 dgn FC yg baru nanti coz diorang xguna nama FC lagi n mungkin guna nama TIPU MELAYU kot hehehehehehehe
duke tu lulusan ijazah islam liberal
24 Ogos 2010… kat restorang SP ( kluar tol SP utara ) smua pakai baju melayu… teman kawan p boka posa… lepas sembahyang… datang sorang.. dok cerita tentang peluang… syok dak jumpa kwan kwan camni ramai ramai… cerita tak leh tunjuk produk… tempat tak sesuai … kena p HQ…. lepas tu datang sorang kwan – kawan lagi… dulu kerani sekarang dah senang… sama gak citer… company ada cawangan di 10 buah negara… so adakah ini Friends Club ? lastly aku tanya member KL… apa kejadah benda ni… jawabnya mungkin FC atau NatStar …
takde perniagaan yang ade jalan senang…adakah perniagaan seperti ini,yang tidak memerlukan produk untuk dijual,mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W?.perniagaan bukan sahaja modal,malah perlukan produk,servis,pengguna dan pembekal.itulah perniagaan yang sebenar.oleh itu,jangan terpengaruh dengan janji2 manis.jangan hanya mengejar dunia
Seronok aku baca semua blog di atas.. Sekarang FC masih meneruskan mencari mangsa di Puchong dan tumpang syarikat Easy Phamar.. Tapi tak faham, kenapa dekat pejabat RZ Corporation masih ada ahli baru meninjau prospek pernigaan yang bodoh nie. Tolonglah buat benda yang lain dan bermanfaat. Bukan senang untuk mempercayai orang. Kepada Duke Melayu pertama dari FC dan bekelulusan dari Jordan dan pernah bekerja dengan MBSA, anda diperbodohkan oleh Cina2 tue. Lepas tue bangga pulak dengan kisah kejayaan di Majalah Nur keluaran Julai/Ogos. Tak pasti keluaran bila. Alhamdullilah, saya dapat batal sebelum tamat tempoh 6 bulan dan 2 hari sebelum keluar tangkapan di akhbar pada penhujung Julai 2010. Dapat juga pembayaran pertama dikembalikan, Sekarang tunggu payment kedua yang masih keraguan akan dapat atau tidak pada hujung bulan nie. Kepada MQ Fizah dan MQ Teh serta upline aku, Razali dan Amin aku tak maafkan anda semua. So kepada pembaca blog selanjutnya berhati dengan produk dan buat kajian terlebih dahulu sebelum bersetuju. Jangan jadi macam aku.. Menyesal tidak kesampain. RM 19k dilaburkan..
Ok, to sum up, aku nak ingatkan la korg kt luar sane tu, nh lps research aku di merate tempat, actually foundation sistem piramid ni same je kt mane2 pon, even kt oversea skalipun. Cuma, kt Jepun, skrang dah illegal la mende ni, dulu masih legal cam kt negara kite skg. Okes, so nh maklumat aku nak share ngan korang:
1: Besenye, kumpulan2 piramid ni diterajui oleh orang2 yg same je, bila sistem tu dah fail, biasenye diorang akan tutup sistem tu, dan start dengan sistem baru, nama baru, produk baru dan kadang2 “syarikat background” yg baru. Tapi base on the same system.
2. Produk bukan matlamat utama sistem diorg. Walaupun sbnrnye diorg nh MLM atau jualan langsung, tapi diorg langsung tak tekankan produk. Diorg akan suruh ahli baru ambik pinjaman kat bank, dengan alasan nak buat modal. Diorg jugak kne cari ahli baru, ade yang kne cari setakat 2 orang je downline die, tapi ade yg kne cari 4 orang, minimum. Actually tu untuk cover blk duit pinjaman/modal.
3. Duit pinjaman akan dibahagikan ikut percent yang dah ditentukan, antara syarikat dengan high-up dlm sistem piramid tu, dan juge si peminjam atau victim. Contoh dlm kes FC ni, RM14 ribu dibuat utk beli produk, makna nya duit tu dibayar pade syarikat ‘background’ sebagai satu insentif la. Syarikat yg takleh jual produk tu siap boleh msk pasaran saham lg pastu. Why? Sbb Forced-Branding. Bile setiap ahli baru dipaksa beli 10 ke 20 produk yg berharga RM2000 setiap satu, nilai brand syarikat tu akan naik. So, saham pun akan naik. Mende nh complicated, so kite biar dulu bincang laen hari.
4. Baki duit tu plak akan dibahagikan antara ahli, mengikut sistem yg dah ditetapkan. Ade MLM ade peratusan die, lg tinggi duduk nye org tu, lg besa percentage die dpt. Ade jgk sesetengah tu boleh wat lompat2 plak, dengan modal la tapinye. So di mana org bawah akan dpt duit?
5. Orang bawah akan dapat duit dengan mencari org bawah diorg. Tapi biasanye, setiap MLM akan menjanjikan dlm RM5000 ke RM20000 max pd bulan pertama, depends pade jumlah modal yang dilaburkan. Lagi besa modal, lagi byk le earnings korg bulan 1st tu. 1st month payment tu utk motivasi dan assurance/false security utk victim-victim ni. Duit yg diorg dpt tu sbnrnye duit diorg jgk, dari pinjaman yg diorg buat.
6. How to earn money then? Easy. Sistem ni cam sistem parasit, orang atas akan isap darah orang bawah. selagi ade orang bawah, selagi tu sistem ni akan berfungsi. Darah dlm kes ni, adalah duit yang dipinjam oleh victim2 kite.
7. Berfungsi ke? Menjadi ke? Memang berfungsi, memang menjadi. Setiap yg join ade posibility nak jadik kaye gile. tapi ade gak posibility untuk jadik papa kedana dan dikelilingi hutang, modal juge dikhuatiri boleh hilang/lesap. Tinggal produk yang beratur kt rumah korang yang tak terjual tu. Jual blk, dpt la dlm 10% 20% dr modal korang.
8. This system really works. Seriously. Sebab tu susah nak bendung mende ni. Cam mamat penyokong kt atas tu cakap, die bley setel loan dlm 6 bln je. betul, mmg ko boleh setel cepat, tp bkn pkai duit ko. Pakai duit orang bawahan ko. Downline la yg provide utk org atas, tp org atas tak provide apape kt org bwh. just khidmat nasihat je.
9. Kalau korang join mende gini and wat profit beratus ribu lepas bertahun2, agak2nye la, berape plak mereka2 yang diatas korang tu wat eh? Sistem piramid ni diharamkan di byk negara sbb dia hanya mengkayekan segelintir kecil dari orang ramai je, dengan menindas orang ramai. So, Halal ke sistem ni? Tak, dah jatuh hukum haram. So, sape yang join, bertaubat byk2 la ye. dan cube la jauhkan diri pade yang tak join atau yang terfikir nak join.
10. Sistem piramid ni tak best utk orang yang dok di bawah. sape paling bawah die la plg rugi. sistem akan gagal bile dah tiada org baru nak join. Seluruh sistem ni akan gagal dan tak lame pastu akan wujud sistem baru. Walaupun dengan nama baru, offer2 baru, siap ngan pencen lg sume, tp sistem agihan tetap sama. orang bawah jgk yg miskin.
11. Kenapa syarikat tak amek tindakan? Syarikat tak amek tindakan sbb alih2 diorg pun untung gak. Sbb produk diorg dijual secara paksa pade ahli dan ahli plak tak boleh amek tindakan undang2 ikut akta pengguna.
12. Jadi, kenapa kerajaan tak ambik tindakan? Senang je, sbb victim buat loan kt bank-bank. Bank-bank plak dikuasai oleh bank negara. So, agak2 kerajaan dapat portion/keuntungan ke tak kalau ramai yg buat loan? Indirectly, ia akan menjana ekonomi negara, so lg kurang org yg tertipu, lg rugi la org2 kerajaan. Ade phm? That’s why diorg amek ringan kes2 gini.
Jadi, fikir2kan lah ye. Memang senang nak kaye dlm sistem ni, ye, dan ianya diakui oleh ramai orang kafir kt luar sana. Tapi kafir pon dah wat mende ni jadik illegal kt tempat diorg sbb die berasaskan penindasan. Ape lg kite, negara yg majoritnye umat Islam?