Friends CLUB : satu lagi scam yang dibawakan khas oleh serpihan SYN.

haha..maka aku dengan bangga nya mengaku bahawa aku dah pergi ke pusat merayap/berkumpul budak2 kecil friendsclub ni tadi malam. haha…lawak. balik je dari sana aku terus on cg sebab aku nak hebahkan pasal fc ni. macam haram.

aku pergi sana sebab kawan aku ajak. beria2. nasib baik aku dah tahu hal FC skit2 kalau tak memang naya kena goreng.

apa punya plan. ni apa yang aku dapat daripada upline (baron kot):

1. FC ni adalah komuniti kengkawan ahli yang join RZ Corp.

2. modal kena besar. rm41k dan rm 14k. bapak giler nak cari modal cam tu.

3. produk takde. dorang tak citer pasal produk. balik2 rm41k. rm14k langsung tak sentuh.

4. dorang claim benda ni ada AJL. memang la ada sebab di bawah nama RZ Corp. tapi yang tak blh blah tu ada ke dia cakap “kami tak buat MLM”. woii.,mangkuk…AJL tu untuk jualan langsung la. jualan langsung ada produk. yang kau kata tak jual tu apa jadahnya.

5. dorang cari kakitangan kerajaan yang boleh buat loan pasal rm41k mana nak dapat kalau setakat keje swasta.

6. dorang kata kalau join GERENTI dapat rm6200 untuk bulan pertama. of course la, itu pun duit aku …apa ra..

7. dah join kena cari 4 cawangan. dia kata “sebagai crown kita akan dapat 4 lesen untuk buat bisnes”. woo..mangkuk, kalau ikut plan korang, nak dapat balik modal kena lah cari 4 orang. itu bukan lesen tapi memang kena carik. perkataan lesen tu seolah-olah macam kompeni beri izin lak padahal memang kena cari pun.

8.”opss…lupa jangan citer ngan kawan2 ye sbb nanti kengkawan anda mesti banned benda ni…dan opss kertas plan ni tak blh bagi ye…err..tolong isi borang loan ni…”-memetik kata2 mamat biol tu.

9. “kalau nak citer ngan kengkawan kena la u masuk dulu lepas tu baru citer…opps..ada promosi untuk bulan ni join je dapat nokie e71. dah dapat rm6200 dan nokia baru tunjuk pada kengkawan lain sebagai bukti”-memetik kata2 mamat tu. wei…tolonglah, nampak sangat korang tak nak aku ni dapat secong opinion. cehh..dasar betul.

10. setiap orang (4 cawangan tadi) yang join bawah kita, kita akan dapat rm6k setiap sorang. bagi downlinw bawah direct line ni kita akan dapat rm2k sorang.per..sakit bro..aku tanya gentel pada mamat sorang ni, dia kata dah 6 bulan join, masih tak dapat direct line lagi..hahhaha

ini analisa aku

1.buat loan bukan rm41k bro. tapi rm50k. pasal kalau kau nak rm41k kau kena mintak lebih skit, bank pasti nak potong fee yang macam2.

2. kau bayar rm600 untuk 10 tahun bro. kira kasar rm600x120bln = rm72k

3, kau dapat dari bisnes ni rm 50k.,

4. kau rasa untung? bapak giler untung. haha..itu kalau dapat rm50k kalau tak? lu makan jelah rm6200 tu je. haha,..

ni semua plan sarkas. produk takde. claim AJL. ajak buat loan. giler apa. ahahahah..pergi ja ha nam korang. ahaha..

salam2

ini dipetik daripada sini

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=5640566#post5640566

www.ideapelampau.blogspot.com

70 Responses to “Friends CLUB : satu lagi scam yang dibawakan khas oleh serpihan SYN.”

  1. lady vogue says:

    for those of u guyz who want more info bout this FC please log on to ur facebooks and go to their fan clubs..

    i just find out this FC fan club recently..

    klik this link
    http://www.facebook.com/photo.php?pid=3566005&id=178289937388#!/pages/FRIENDS-CLUB/178289937388

  2. mlm hardcore says:

    halo brada…

    u nak meniaga jual burger pun kena modal.
    u nak meniaga jual bundle pun kena modal.
    u nak meniaga jual ikan pun kene modal.
    u nak meniaga jual selipa croc pun kene modal.
    u nak meniaga jual jersi siam pun kene modal.
    u nak meniaga mercun pun kene modal.
    u nak meniaga bunga pun kene modal.
    u nak meniaga suratkhaba tepi jalan pun modal.
    u nak meniaga unta pun kene modal.
    u nak meniaga manusia pun kene modal.

    so dalam bisnes ni dia nak pakai modal 14k. apa yang u nak kecoh pulak?

  3. One TEAM Scammers says:

    http://www.mlmscam.net untuk matlumat tentang kegiatan penipuan dan scam-scam mereka

  4. Mohd Khaliff says:

    Sapala Yang Bijak Pandai tu ye..? Otak Kat bontot ke…?

  5. +ve thingking says:

    orang yg berfikiran -ve adalah org yang suke susahkan diri sendiri dan orang sekeliling yang die sayang…

  6. Anti Scammer says:

    One Team & Friends Club adalah bapak segala scammer

  7. I am Muslim says:

    Assalamu’alaikum, perniagaan yang normal, mereka keluar modal untuk beli barang, dan mereka akan jual produk atau servis. FC memang la kamu ada usaha, tapi usaha yang tak kena pada tempatnya. Moga kita semua selamat dari ketamakan harta dunia. wassalam.

  8. fid says:

    hmm..cam2 komen yg buruk kn?actually sy pon baru nk terjebak ngan fc.tapi bila dh terbaca cam2 komen ttg fc ni..dh jadi konpius lak..so x jadi la nk join..

  9. adi says:

    nasib baik aku baca dulu blog ni….so aku cancel nak join…loan 50k yang aku dah apply akan aku buat downpayment beli tanah…

  10. Challenge Marquis says:

    Kpd Pelampau,

    Ko bru 1st time dtg,bru tgk plan pny simple ko da ckp mcm2 yg negatif..ksian pd sape2 yg buat research mngenai FC yg bniat nk join then batalkan sbb pndapat org yg berotak singkat mcm ko ni. Bro.. nm pn bisnes..msti ar kuar modal..zmn skg ni ape je yg xyah pkai duit. ORg bniat nk mbantu tingkatkan taraf hidup lbih baik..lau ko tgk ko kate haramjadah 2 ko pny psl la sbb ko mmg xde duit so mmg ko ptt syp..tp aku ksian pd sape2 yg bniat nk join tp batalkan sbb baca pe yg ko da melalut 2…pdhal pe yg ko ckp 2 100% totally rubbish!!!!! Aku da join fc bru 5 bln, modal 41k tp dh langsai dlm tmpoh 4 bln je. Pasni kire untung je..Tp aku fhm..org yg xtau ape2 maybe akan tmakan dgn analisa sampah ko 2..So kpd sape2 yg bru dgr2 ttg FC or tgh wat research psl FC elok lah lau korg direct pg kt ofis FC n rujuk kpd yg bpengalaman..lau xtau wat cara xtau..cth la kan..klau keta rosak p la hntr kt bengkel keta,jgn anta kt kedai bunga..lg teruk lau korg anta kt mamat pelampau ni…ini lah MELAYU..manusia mmg pelik..chow

  11. alpha says:

    challenge marquis….bull shit…..90%money back guarantee in 6 months…..where it is….

  12. FC BODOH says:

    masalahnya korang bukan berniaga..apa yg bodoh sangat ni..plan bodoh khas untuk orang bodoh hahaha

  13. NAK TAU GAK says:

    Ofis FC tu kat ner? address dia…ada tak?

  14. sabak says:

    salam

  15. sabak says:

    saya bukan apa..masalahnya kita tak tau
    mana datangnya begitu cepat keuntunganya.
    istilah MONEY GAME sesuai digunakan kot…
    sebab kerja utama kita bila joint ngan FC adalah mencari downliner suruh buat loan..bila dh dpt downline upline kita la dapt untung…
    aku pernah berjumpa dgn seorang MQ ni,BMW 5 series skrg la ni.dia kata terpulang kpd kita n letak modal berapa.kalau kecik lambat la sampai kepuncaknya.umpamanya ada 3kenderaan dari johor menuju ke perlis.kenderaan 1 adalah basikal,kenderaan ke 2 adalah motor,kenderaan 3 adalah kereta.mana sampai dulu?cuba teka?Budak darjah 1 pun boleh jawab..tapi sebelum jawab aku tnya dia..sebelum mmulakan perjalanan ke perlis kita nk tau apa tujuannya..kalau tujuannya untuk bermain judi sebagai seorang muslimperlukah kita kesana?ok..dia kata untk berniaga..seterusnya aku bg respon lak..aku cakap semua kenderaan boleh sampai tapi klau dalam perjalanan yg nai kete tu tak singgah masjid untuk bersolat @ tidak niat jamak sbg seorag musafir,sia-sia je nk berniaga.tetapi bila yg naik basikal tu menunaikan segala tanggungjawab sbg seorg muslim tu lg bagus.da-dua dia dpt..nikmat dunia&nikmat akhirat..
    kesimpulannya kita kena tau asal usul sesuatu perniagaan tu..hukum syariah sesuatu benda perlu diambil kira.dari mana datangnya hasil keuntungan iu pun perlu dikaji terlebih dahulu..

  16. sabak says:

    forwarded e mail…

    FIKIR-FIKRKANLAH

    Ini ulasan kami tentang money game dlm sesetengah MLM…

    1. Plan seperti ini bukan magic. Tidak ada keajaiban pun. Jadi jangan mudah terpesona dengan mimpi rumah dan kereta besar. Ianya tidak ada beza dengan sistem yang dipanggil “forced matrix”. Sistem forced matrix ini adalah sistem piramid yang menzalimi mereka yang dibawah/baru masuk. Duit yang dibawah diserap naik ke atas.

    2. Bayangkan jika produk tidak ada. Peserta masih boleh mendapat income yang hebat tanpa jualan produk pun sebenarnya. Itu namanya money game. Duit datang dari aktiviti head hunting. RM40k setiap peserta, bayangkan banyaknya duit yang mengalir masuk ke dalam network yang telah disusun ini. Orang di atas siap dah buka mulut untuk telan. Yang baru masuk terkial-kial cari orang bawahan untuk balik modal.

    3. Ada beza yang sangat ketara antara MLM tradisional dengan money game seperti ini. MLM tradisional beri bonus kepada ahli melalui aktiviti jual dan beli. Money game beri bonus melalui head hunting.

    4. Head hunting ini tidak akan bertahan lama. Selama mana ianya masih diterima dan ada kemasukan duit baru, maka orang di dalam network berkenaan mendapat hasil. Apabila sampai tahap saturation atau ketepuan dalam sesuatu komuniti, maka ahli yang terakhir masuk atau yang dekat-dekat terakhir akan hilang modal. Jangan keliru, saturation atau ketepuan berlaku bukan kerana semua orang dah join network, tetapi ramai orang menolak konsep money game. Mereka yang tidak sedar saja yang terjebak dengan perkara begini.

    5. Ada produk dan company sudah lama in business? Ini adalah masalah yang dihadapi oleh agensi kerajaan untuk mengambil tindakan. Money game ini berlaku di depan mata, tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kerana mereka ini mempergunakan kebenaran AJL dan produk untuk menghalalkan kegiatan ini. Dengan kata lain, money game secara terang berlaku tetapi menyelit dalam kerangka MLM yang dibenarkan. Ia ibarat pokok parasit yang tumbuh pada sebatang dahan. Tidak boleh menebang pokok, tetapi untuk mencantas parasit ini agak sukar dan memakan masa.

    6. Apakah bukti bagi menyokong teori kami tentang ini? Bagi membuktikan mereka ini mendapat bonus melalui jualan produk,
    a) sila hentikan aktiviti pengambilan ahli baru.
    b) Buat jualan produk semata-mata,
    c) kita boleh tengok selama mana syarikat boleh bertahan. Syarikat jualan langsung sepatunya sibuk menjual, bukan sibuk buat head hunting.

    7. Aktiviti head hunting dgn produk untuk seorang ahli baru bukanlah aktiviti menjual. Aktiviti ini adalah aktiviti merekrut ahli baru bagi mendapatkan wang baru. Sebagai contoh, sekiranya modal penyertaan RM40 ribu, ditolak kos produk sebenar iaitu RM20 ribu (agakan), maka fresh money untuk upliners adalah sebanyak RM20 ribu.

    8. Jika dianggap RM20 ribu sekepala sebagai fresh money, maka pengiraan wang baru bagi satu kitaran 3 langkah di atas adalah seperti berikut..

    1 x RM20k = RM20k
    4 x RM20k = RM80k
    16 x RM20k = RM320k

    Jumlah fresh money yang mengalir masuk bagi setiap 3 step yang lengkap adalah RM320k. Jadi anda boleh bayangkan mengapa upliners di atas semakin kaya. Inilah sistem piramid.

    9. Penyokong2 boleh berkata ini bukan money game, sebab kami ada produk. Tetapi anda sudah tentu boleh memahami apa yang kami cuba sampaikan apabila ada members yang langsung tidak menjual , atau beri secara percuma. Ini bermakna produk itu ‘tidak bernilai’ dalam konsep jualan langsung yang sebenarnya. Jualan langsung sepatutnya menjual, bukan bermain money game dan memberi barang secara percuma.

    10. Dari segi etika, menggalakkan pelabur mengambil risiko loan bagi menyertai program seperti amat dikesalkan. Mungkin syarikat boleh berdolak-dalih mengatakan perkara ini bukan polisi syarikat. Tetapi syarikat tidak menghalang perkara ini dari berlaku. Agen-agen anda menyarankan peserta membuat loan, dan syarikat hanya berdiam diri.

    11. Kenapa syarikat berdiam diri? Kerana syarikat mendapat keuntungan yang banyak dari aktiviti ini. Margin keuntungan bertambah lebar kerana setiap peserta mengambil SEPULOH produk yang bernilai puluhan ribu ringgit.

    12. Syarikat memindahkan tekanan untuk menjual produk kepada peserta. Peserta yang telah termakan dan terlanjur membeli produk, mahu tidak mahu terpaksa mencari pembeli atau menanggung kos stocking itu secara bersendirian. Dengan kata lain, syarikat telah berjaya menyempurnakan sales mereka dan menjual produk x lakunye, maka sekarang terpulang kepada peserta untuk menjual atau tidak.

    13. Bagi mereka yang sedang berfikir untuk menyertai, perlu diingati bahawa sebaik sahaja kamu menyerahkan wang RM40 ribu, maka kamu tertakluk untuk mencari peserta lain dengan jumlah yang sama. Kegagalan mencari bermakna kami berisiko kehilangan modal. Apa ada pada produk yang dikatakan berharga RM2000 setiap satu jika tidak laku dijual? Dengan kata lain, anda mengambil risiko yang sangat besar hanya untuk pulang modal.

    Anda jangan terlalu positif bahawa orang lain juga berminat untuk bermain money game RM40k ini. Kebanyakan dari kita akan menolak. Dan jangan percaya kepada spillover dari upliner. Itu semua mengarut. Sejarah tidak membuktikan forced matrix boleh hidup melalui spillover. Masakan jumlah yang kecil boleh menampung jumlah network yang besar (dan semakin besar).

    Terpulang anda untuk menentukan penilaian sendiri. Kami tidak menuduh apa-apa, sekadar teori. Pada pendapat kami, program ini akan menemui saturation nya dan dari situ piramid akan mula retak dari bawah naik ke atas.

  17. ex-networker says:

    Huh best betul forum kat sini. Terhangat di pasaran. Yang challenge marquis tu sure hangin je baca.. Adalak yang tak ter challenge nanti.
    Maklumla orang-orang yang nak subscribe jadi new mamber habis cancel kan hajat. Siap ada yang cancel loan RM50k tu.
    Putih mata la upline si adi dengan fid tu. Apa lagi Adi & Fid suruh la gang-gang korang jengah forum ni sebelum dorang pun terjebak.

  18. 8282 says:

    pikir2 kan la….
    geng2 8282….
    aku duk dkt je dgn tmpt dia…
    tny2 big bos org cina……
    tny2 bdk2 umur 20an dh pakai keta besar2…mahal2….
    tny2 modal mmg besar
    tny2 target org kerajaan…sbb sng wat loan
    tny2 loan insyallah lepas..sebab komisen org yg tolong apprved tinggi….sapa xnak bang?dik?kalu sowang leh pat 2k….
    tny2….sume bekas2 MLM kt tmpa lain…luxor….bang,dik…bgunan luxor kt ner?dh xwujud..tau2 tukar nama
    tny2 org lama ramai tau ttg ni…depa ada pesan…big.big.big bos kata nya ‘along’…so ada la modal….nak bagi kat anak2 melayu…mane nak pat modal nak byr?pk2 kan la…ada brg?ada saham?saham mgkin ada….kat ner?
    tny2 event gi mane..duk sbuk enjoy saya sini..yela…sapa buat?org apa??
    tny2
    jadi tny2 la diri sendiri…tepuk dada tny selera…
    org2 dlu mampu milik harta..org2 dulu mampu lagi hidup senang..org2 dulu mampu makan minum….kenapa?MLM ker………
    yang penting hidup kite msti senang dan selamat……..bukan nak kaya bukan nak miskin……sampai budak2 yg dh mampu pakai keta…xreti nak hormat org2 tua..terutama geng2 8282..tarik keta bagai nak rak…selaju2 nak pegi….ni adab org melaysia ke?tau adab org ISRAEL????
    pk-pk kan lah….

  19. CSI says:

    Tuan,

    Pelan yang dipromosikan oleh NATSTAR ata FRIENDSCLUB atau seumpamanya TIDAK PERNAH DILULUSKAN oleh KPDNKK. Pelan ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang DITENDANG KELUAR oleh RZ CORPORATION kerana menjalankan pelan pemasaran berbentuk skim piramid dengan membenarkan pembelian pangkat / pelaburan secara pukal (RM40 ribu @ RM20 ribu @ RM4 ribu @ RM2 ribu dsb – tidak kira jumlah apa yang dipromosikan).

    Dalam kebanyakan kes, sekiranya pengguna yang telah melabur merasakan dirinya tertipu dan hendak meminta wangnya dikembalikan oleh syarikat, perkara tersebut hanya boleh diselesaikan melalui MAHKAMAH SIVIL kerana sesiapa sahaja yang telah menjadi ahli maka secara automatik diri mereka digelar peniaga / usahawan dan bukan lagi bergelar pengguna yang dijaga kebajikannya oleh TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA.

    Untuk makluman juga, syarikat tersebut memang mempunyai lsen sejak sekian, lama tetapi kumpulan yang terbuang ini baharu sahaja menyertai NATSTAR dan ingin membuat tapak di sana. Selalunya, syarikat di mana kumpulan ini bernaung akan diambil tindakan pembatalan oleh KPDNKK( Ini merupakan syarikat ke-3 kumpulan ini melompat – semua syarikat sebelum ini telahpun diambil tindakan pembatalan, hanya keputusan rayuan kepada YB Menteri yang akan mengubah segalanya).

    sekian, terima kasih

    Kuasa Pengguna:1Pengguna 1Suara

    mohd talal abu bakar
    unit jualan langsung
    kpdnkk
    03-88825969

  20. boboy says:

    haha.. bodoh nye FC.. menipu duit org… pukxxak

Leave a Reply

© 2010 Scammer Alert. All rights reserved.
Proudly designed by Scam Alert.