->
Seorang lagi upline aktif berpangkat Datuk skim cepat kaya yang berkait rapat dengan FRIENDS Club, One Team, Family Club, Star Club ditahan Polis.
Penangkapan Datuk berusia 43 tahun itu di premis perniagaannya yang terletak dalam bangunan sebuah kompleks membeli belah terkenal di Shah Alam di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam adalah hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.
Ianya adalah susulan penahanan gadis ikon skim berkenaan Nur Amalina dan seorang upline di Klang baru-baru ini.
Menurut polis Datuk berkenaan sebelum ini aktif menjaja produk kesihatan daripada syarikat MLM yang lesennya dibatalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dua bulan lalu. Syarikat itu berkemungkinan besar ialah Natstar SDN. BHD yang dibatalkan lesennya olah KPDNKK pada Julai 2010 lalu.
Berita penuh oleh BeritaHarian Online :-

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) JSJK Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa, berkata JSJK Selangor turut menahan seorang lelaki juga berusia 43 tahun, orang kanan Datuk itu di premis perniagaannya yang terletak dalam bangunan sebuah kompleks membeli belah terkenal di Shah Alam di sini, kira-kira jam 10 pagi, semalam.
Difahamkan Datuk berkenaan pernah aktif mempromosi produk kesihatan yang dijual sebuah syarikat jualan langsung beberapa tahun lalu yang lesennya dibatalkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dua bulan lalu.
“Penahanan kedua-dua lelaki itu menjadikan jumlah tangkapan dalang kumpulan itu setakat ini lima orang termasuk wanita berusia 23 tahun yang dikatakan ikon skim berkenaan.
“Walaupun kami sudah menahan ketuanya tetapi siasatan akan diteruskan bagi memastikan semua yang terbabit tidak terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya di sini, semalam.
Berita Harian sebelum ini melaporkan polis menumpaskan sindiket skim cepat kaya yang mensasarkan golongan muda sebagai mangsa dan turut merampas 17 kereta mewah termasuk Mercedes Benz, Nissan Fаіr Lady, BMW dan Mazda yang dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim itu.Sindiket itu yang beroperasi sejak tiga tahun lalu, dipercayai mempunyai lebih 10,000 ahli membabitkan pelaburan berjuta-juta ringgit sebulan. Sindiket itu menawarkan skim pelaburan antara RM2,000 hingga RM41,000 dengan ahli disyaratkan mencari 10 ‘downline’ bagi mendapatkan pulangan modal, selain keuntungan lumayan setiap bulan.
Susulan kejayaan itu, polis turut menyerbu sebuah syarikat jualan langsung di Jalan Teng Kat Tong Shin, Bukit Bintang, Jumaat lalu dan menyoal siasat pengurus besarnya berusia 40-аn berhubung pembabitan syarikat berkenaan dalam skim berkenaan.
Sementara itu, Rohaimi berkata, tempoh tahanan reman wanita yang menyerah diri kepada polis di Ibu Pejabat Polis JSJK di Bukit Perdana di sini, Sabtu lalu yang sepatutnya tamat semalam disambung hingga Isnin ini.
“Remannya disambung bagi membolehkan polis melakukan siasatan dengan lebih terperinci dan disiasat mengikut seksyen sama kerana menipu,” katanya.
sumber : http://www.bharian.com.mу/bharian/articles/Datukskimcepatkayakenatahan/Article/







Eloknyer tunjuk jer muka dia & tulis nama dia kat akhbar! Nak tutup2 muka buat apa!! Org macam nie..bg dok pulau jerjak/ masukkan dlm ISA. Dia mmg dah mengancam negara dgn cara paling halus…merosakkan org2 melayu kita! Kurang ajar punye manusia…cekik darah buat org byk hutang!! Dah kena tangkap…tau malu..nak tutp2 muka pulak tu. Bodoh nyer manusia…kecik2 tak nak mampus!