Celcom Caller Ringtone CMT 22990 SCAM? Awas Celcom Sedut RM3 Sebulan!

Saya baru menerima sms dari Celcom 22990 pagi tadi menyatakan yang saya sudah berjaya perbaharui servis caller ringtone dan caj RM3 telah dikenekan, dan ianya akan terus di caj RM3 setiap bulan.

kandungan mesej tersebut adalah seperti berikut :-

RM0> Langganan lagu anda tlh berjaya diperbaharui, RM3 telah dicaj ke akaun anda. Langganan lagu ini akan diperbaharui stp bulan. Tertakluk terma & syarat.

Peliknya saya tidak pernah melanggan atau mengaktifkan servis Celcom Caller Ringtone CMT 22990 ini melalui telefon bimbit mahu pun nombor Celcom yang saya pakai sekarang.

Jika ini berlaku tanpa kebenaran saya, makanya ia boleh dikategorikan sebagai SCAM, sebab saya hanya beli Celcom prepaid, tetapi dengan tidak semena nombor saya secara automatik dilanggan untuk servis Caller Ringtone yang dikenakan caj RM3 setiap bulan.
Bayangkan kalau 1 juta pelanggan prepaid celcom yang tidak tahu menahu ini di caj sedemikian. Sudah tentu RM3 juta ringgit sebulan Celcom dapat free-free je masuk akaun diorang.

Saya cuba cari dan google mengenai isu ini dan ternyata bukan saya sorang yang kena, Ahmad07 dari carigold.com juga pernah kene perkara yang sama keatas prepaid broadband celcom nya : http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=170021

Saya sudah pun telefon kepada Celcom support atas perkara tersebut, dan mereka hanya memberikan cara untuk membatalkan langganan.

Berikut adalah langkah-langkah untuk berhenti melanggan dari Celcom Caller Ringtone CMT 22990 :-

1. taip *118# pada telefon bimbit anda dan tekan hantar/send.
2. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 2. Channel X
3. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 5. CMT
4. Balas mesej yang diterima dengan pilihan 7. Unsubscribe.

dan tunggu sehingga anda mendapat mesej status langganan anda berjaya ditamatkan.

Harap pihak Celcom peka akan isu ini. Mungkin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak tertentu, mungkin juga ada ratat (system glitch), tapi kalau perkara ini di ketengahkan sebagai satu isu, pengguna boleh membuat laporan ke tribunal tuntutan pengguna, malah boleh guna isu ini untuk menyaman pihak Celcom atas kredibiliti sistem yang lemah dan membawa masalah(sedut duit pelanggan tanpa kerelaan) kepada pelanggan.

81 Responses to “Celcom Caller Ringtone CMT 22990 SCAM? Awas Celcom Sedut RM3 Sebulan!”

  1. Fzal says:

    die tukar lagi da…skarang macam ni plak *118# dan tekan hantar/send > The Cube > Music Cube>CMT > Unsubscribe > Confirm to unsubcribe (Yes)..die main tukar-tukar supaya orang tak jumpa cara nak batalkan langganan. Strategi Perniagaan yang kejam. Zionist ke pe bos celcom ni?…

    ^^ Bro Firdaus Terima kasih atas info 2. Pemilik Blog Terima kasih sebab bangkitkan isu ni,

  2. Faezal says:

    die tukar lagi da…skarang macam ni plak *118#>Hantar>The Cube>Music Cube>Unsubscribe>Yes..die main tukar-tukar supaya orang tak jumpa cara nak batalkan langganan. Strategi Perniagaan yang kejam. Zionist ke pe bos celcom ni?…

    ^^ Bro Firdaus Terima kasih atas info 2. Pemilik Blog Terima kasih sebab bangkitkan isu ni,

  3. syed says:

    tq banyak2 bro!

  4. syed says:

    celcom = zionist!

  5. FIFI says:

    huh!
    patutlah susah nk cari CMT dkt *118# . .
    anyway, this post very useful, Thanks all :)

  6. aL-fAThaaH says:

    terima kasih atas info berguna dr saudara….
    ternyata ada pihak yg suka mengambil kesempatan dalam pada kita x tahu menahu mgenai sistem dan protokol yg mereka gunakan ni..
    ambik kesempatan btul..
    sy pun prnah kena… tp skrng dah beres… anyway, utk cara deactivated tu.. thnx dikongsikan brsma.. sbb sy dah lupa cara tu..^_^

  7. Got x got tax says:

    hotlink,digi nga celcome same je…..lagu bukan sedap pon

  8. nureiyla says:

    thx alot. sy mmg lggan CMT but the problem is celcom keep changing the song… so yeahh.. im unsubcribe it.

  9. GERAM GILE SEYH!! says:

    EEEEEEEEEEEEEE…. pahpe nta telan duet.. wat penat je topup, die bole telan cm tuh je!!

  10. EEEEEEEEEEEEEE…. pahpe nta telan duet.. wat penat je topup, die bole telan cm tuh je!! thanks faezal.. alhamdulillah selesai masalah..

  11. eyla says:

    knp bila sye wat x jdik pon…ishh…geramnyer..bila sye tkan the cube,x kuar pape pon…

  12. ................ says:

    bile nk tkan the cube…tros network problem…bengang btol..

  13. lin says:

    hampeh aku pun kena gak nih .. tetiba dpt mesg “Pembelian CallMeTones di The Cube telah bjaya. RM1.50 telah dicaj ke akaun anda. Langganan lagu ini akan diperbaharui setiap minggu Ttluk T&S.

    Nasib web nih ada letak arahan.. Thanks So Muchhhhh

  14. miza says:

    Salam.. thanks for da information.. To bro faezal, thank you sangat2.. huhu..

    I x minta pun Caller Ringtone.. Kejadian semalam terjadi selepas I topup n kluar satu mesej balance, n kat bawah mesej tu ada tulis kod CMT *118*#. Handphone canggih punya pasal, scroll bawah, terdial nombor tu. Ingatkan nmbr apa laa.. Rupa2nya nmbr caller ringtone.. Aduhai.. huhu..

  15. fateh says:

    aku kena juga. hentah berapa kali cos of 2so busy dgn kerja.Tapi yang sedarkan aku ialah bini aku yang beritahu lagu caller ringtone baru abang bunyi gatal sangat. Dan aku ada call my business collegues habis malu dibuatnya. bottom line ini satu crime yang boleh dilaporkan.Mungkin satu kali lagi kena aku report polis pakai saksi. beli prepaid>load>tunggu. Tunjuk sama kawan sekerja bagusnya 4 orang. Duit bukan isu utama kerana RM3 tapi tipu yang buat kita marah. Sedang makan direstoran pun orang datang minta sedekat kita kasi lebih dari RM3 know problem kerana dia minta bukan memcuri atau menipu. Pendapat aku this is a preplan big crime big money they got without our consent. Harap ada syarikat lain yg baru with no “free” sms at any one time. It wil be like you see a filem in TV with no Ad. enjoy and satisfied.

  16. krolls says:

    aku dah terai unsubscribe guna *118# tp tak berjaya! tak ingat dah berapa puluh kali aku request x leh juga.. last2 aku call terus 1111 and bercakap terus ngan customer service dorang utk unsubscribe.. leh follow steps nih..

    1. antar email ke Enterprise Client Helpdesk [ech@celcom.com.my],, tulis dalam email bgtahu nak unsubscribe CMT.
    2. nnti ada auto reply mail dgn issue id i.e Auto Acknowledgment From Celcom – (C111212-359023325)
    3. bgtahu kat customer service id tuh n cakap “saya nak unsubscribe CMT skrg!”
    4. nnti customer service akan tlg kita unsubscribe dgn charge tambahan rm0.40
    5. lps 1,2 mins terai call nombor sdr. ada lagi x CMT tu.. :)
    6. nnti dapat sms confirmation pembatalan cmt..

    selamat rm aku charge minggu2 :)

  17. lia says:

    thx bro..

    aku pon kena TT___TT

  18. terbakar says:

    Kroolls..kalau aku nk stop push message bole x gune steps ko 2 tp aku tuka cakap nk suh deactive push message? tah bila zaman aku subscribe tibe2 t.up j tolak rm3..baru td lg sedap t.up rm10 tngal rm4.. BANGSAT celcom ni..harap j bapak aku dulu GM southern region celcom..seb bek da lme resign dr company BANGSAT ni.. !@$!#@#%

  19. AND says:

    Dh lama cari mcm na nk tamatkan CMT, akhirnya berjaya juga, tq very…………..much.

  20. joan says:

    waa~ tq bnyak2 ek

  21. marah hidden service says:

    thanx byk2 bro n smua yg terlibat sharing this info..
    CMT pnya pasal dah boleh untung berjuta2..patut la bongkak mcm sial

  22. Celcom bengong says:

    Celcom nie memang r bengong..serius aku cakap…aku langgan prepaid broadband tu, daily broadband, RM 5..tapi kenapa celcom nie bengong still deduct aku punya kredit henset?Bukanke aku da bayar RM 5 untuk sehari tu?Lagipun aku da dapat conformation mesej tu yang aku da boleh guna internet tu…last last duit yang baru aku topup RM 15 habis cenggitu je dalam masa kurang 10 minit, xsedar duit sebenarnya dideduct masa aku tengah maen internet tu..celcom bengong!!!

  23. cutegurl says:

    aku pernah kene sekali ngan servis celcom ni..rasanya pasal topup kt henpon adik aku tp tak masuk2..system kata dh msk tp adik aku lom dapat2 lg..trs aku call cust support..aku marah2 ler..berapa kali ntah sampai topup tu confirm masuk..cust is always right..korang wat je aduan..

  24. apple says:

    Celcom mcm ada problm akhir2 ni.. X tau cmne diaorg buat keje. Korang kene potong rm3. I kene rm4. Means rm1 per week. Kalau sbulan ada 5 mggu, means rm5 lah kene potong. Lg2 diaorg tahu I pkai postpaid,maaa…. Tau2 dlm bil ada je rm4 atau rm5 kne bayar.

  25. org lama says:

    sy baru unsubsricbe CMT….pehhh lega
    langkah-langkah:
    dial *118#
    pilih 3 : the cube
    pilih 5: music cube
    pilih 3: cmt
    pilih 7:unsubscribe
    pilih 1: yes

  26. aku pon same says:

    aku pulak kan dapat msg rm1 akan ditolak dari akaun anda setiap minggu tapi terus tolak rm3 tapi utk sebln r kan. ni mmg aku jugak y nk sgt cmt ni.. tapi bl nak stop puas la aku cari kat internet celcom tu.. bila nak subcribe ada ja.. xpe2, salah aku jugak y nak. ni aku nk stop ikot nasihat korg tu. *118# tu, xlepas2 la.. sabor3..

  27. aku pon same says:

    hahaha… trimas kepada suma kawan2 di page ini. aku dah berjaya. hmm. lame gak r nk dapat masuk *118# tu. dalam 3min settel segalanya. dia hantar msg kt aku cam ni ‘ Yr CallMe Tones has been terminated. to-reactive, d/load any song. charge: rn1/wk……’ pergh. tobat dah aku.. xnak xnak. bape lame dah aku dok membayar lagu yang xtahu hala tuju tu.. k, thanks alot guys.. jasa baik mu dikenang.. selagi aku masih ingat…. bye.salam.

  28. adeq says:

    walaupn sya dah padam cmt, tp masih ada juga kredit sya kena sedut….
    hadooiiii….. mcm mana nie bro, can help me please…..
    dh try bnyk kali send STOP ALL kat 32777,22665,26262,22990…….p ttp jer smer????…!!!!

  29. adeq says:

    walaupn sya dah padam cmt, tp masih ada juga kredit sya kena sedut….
    hadooiiii….. mcm mana nie bro, can help me please…..
    dh try bnyk kali send STOP ALL kat 32777,22665,26262,22990…….call 1111 pun ttp jer smer????…!!!! nothing change….

  30. mon says:

    teman2 please tolong aku nak cancel lagu2 ni, p x tau nak buat pa mcm???buntuh sangat2 please tolong dong<<????

  31. lian says:

    alamak…..aku pun kena bebbbbbb…..

Leave a Reply

© 2012 Scammer Alert. All rights reserved.
Proudly designed by Scam Alert.