->
Saya baru sahaja menerima spam email dari seorang yang mempromosi program BankRakyat.net
Email berantai seperti ini telah lama wujud tetapi kini lebih canggih mereka sudah pandai membuat website referal sendiri bagi tujuan merekrut ahli baru.
Program seperti ini datang dan pergi, dan biasanya didalangi oleh orang yang sama. Ianya menggunakan duit semata-mata bagi menggerakkan “perniagaan” mereka kononnya.
Bagi mereka yang dah lali mereka sudah tentu akan kebal dari hasutan email dan website seperti ini, tetapi platfrom seperti ini biasanya diexplotasi oleh mereka yang terdesak dan mengambil kesempatan keatas orang yang lemah( dari segi psikologi dan “jahil” mengenai program ini) .
Brapa peratuskah program ini dapat bertahan?
99% ianya akan lenyap tidak sampai 1 tahun, malah mungkin tidak sampai 6 bulan jika pihak berkuasa bertingdak dengan lebih cepat.
Diharap sesiapa yang menerima email yang sama usah pedulikan email tersebut, atau lebih baik laporkan kepada pihak yang berkenaan.
Boleh buat laporan berkenaan skim-skim cepat kaya, scam, spammer, program deposit awam tanpa lesen di http://eaduan.kpdnkk.gov.mу/



sekarang saya dah ‘pandai’ menilai satu2 website untuk dapat ‘wang mudah’, saya tak akan tertipu lagi , terima kasih kepada sesiapa pun yang mengambil berat tentang hal ini , saya memang sentiasa mengikuti website, forum…etc yang sebegini
tapi begitu jelas bukan penipuan,apa ini diposit rm 50 sahaja pulangan meguntukan.
Teruknya, dah cakap itu scam, lepas itu guna otak mata dah tahu itu pelaburan scam, masih ada org cakap itu legal. Tak perlu cakap benda itu legal dah. Semua dah tahu helanya. cari lah kerja baru. tukang cuci tandas pun hidup lah.
Saya dah tertipu dengan skim Bankrakyat.net..menyesal dah tiada gunanya lagi… apapun tidak akan saya halalkan dunia akhirat walaupun hanya RM50. Saya sedih rakan2 saya juga turut tertipu….skrg tengah buat aduan ke http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Hukuman untuk orang macam ni elok gantung samapai mati!!!